Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 24, 2011

KEISTIMEWAAN REJAB

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada empat bulan haram dalam kalendar Islam. Empat bulan haram yang dimaksudkan ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Rejab dan Muharram.
Bulan Rejab sangat istimewa dan dipenuhi dengan perisriwa-peristiwa perjuangan Rasulullah dan umat Islam, di mana bulan Rejab menjadi saksi kepada Hijrah pertama ke Habsyah, pembukaan semula Baitul Maqdis dan salah satu peristiwa penting yang kita semua tahu pada bulan Rejab ialah peristiwa Isra' Mikraj.
Isra' Mikraj merupakan peristiwa luar biasa dan penting dalam hidup Rasulullah di mana baginda telah menjadi undangan Allah S.W.T dari Makkah ke Baitul Maqdis dan seterusnya ke Sidratul Muntaha. Banyak peristiwa luar biasa yang Rasulullah dapat lihat sepanjang perjalanan baginda, peristiwa yang menjadi bukti kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah, "Ketahuilah, bahawa Rejab itu adalah bulan Allah S.W.T , maka :

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt 
2. 
Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429/Isra Mi’raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapatpahala seperti 5 tahun berpuasa 
3. 
Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt 
4. 
Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4,5,6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat 
5. 
Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allahswt..InsyaAllah 
6. 
Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga 
7. 
Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.” 



REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.


Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T...amin.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...