Satu lagi drama bersiri yang diadaptasikan dari novel asal bertajuk Stanza Cinta karya Nurull Halawati. Drama ini bermula 19 Jun setiap Ahad jam 9.00 malam. dan sekali lagi heronya ialah Aaron Aziz. Nak cakap eta nie peminat setia Aaron Aziz, tak jugak. tp hanya sekadar untuk hiburan...
Stanza Cinta mengisahkan seorang gadis (lakonan Nur Fathia) yang berkeperibadian indah..seindah namanya Amni Sorfina yang bermaksud ketenangan yang suci. Berusaha menjadi seorang gadis yang solehah dengan kehidupan yang sering diuji dengan pelbagai rintangan. Kehidupannya dipenuhi dengan warna kesedihan seolah-olah kebahagiaan bukan miliknya.
Kehadiran cinta Taufiq (Fizz Fairuz) ketika Amni kehilangan sahabatnya, Umairah membuatkan bunga-bunga cinta mula berkembang di hatinya. Namun manusia hanya merancang...Allah penentu segalanya. Di kala cinta yang bersemi berlandaskan syriat Islam masih terdapat rintangan yang perlu dihadapi.
Jika memang jodoh, walau si dia jauh beribu batu, tetap akan bersatu. Tetapi jika memang tiada jodoh, walau berada di depan mata, tetap tidak akan dapat dimiliki. Masih belum tiba waktunya untuk Amni dan Taufiq bersatu.
Irfan Ikmal (Aaron Aziz) pula seorang pemuda yang baik, kaya, manja dan sangat mencintai Amni dengan ikhlas. Bagi Irfan Amni umpama seorang bidadari yang lemah lembut dan penyanyang tetapi tegas dan tabah walaupun sentiasa menangis dan mudah tersentuh hatinya. Amni memberikan jalan dan cahaya ketika Irfan di dalam kegelapan membuatkan Irfan tersenyum gembira dengan cintanya... juga dengan cinta Tuahn yang diajarkannya kepada Irfan.
Amni adalah seorang hawa yang mempunyai cinta yang amat besar terhadap sang adamnya.
Bagaimanakah kesudahan kisah perjalanan hidup Amni yang penuh dengan duka dan airmata. Adakah sinar bahagia miliknya? Bagaimanakh penghujung kisah sinta tiga segi ini? adakah Amni akan berda di sisi Taufiq seorang lelaki soleh yang mengajar Amni erti cinta sejati...atau bersama Irfan yang sentiasa hadir memberi cinta yang luhurnya...Tak bisakah dia memiliki kebahagiaan dan cinta tanpa menyakiti insan lain....?
kita tunggu dan saksikan sama-sama k...
p/s : kalau nak baca sinopsis dari novel Stanza Cinta..klik sini.
No comments:
Post a Comment