Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts
Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts

Friday, May 11, 2012




 IBU
 
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku..Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak dari kecil lagi"


Ibu
Kau ratu di hatiku
Peneman setia di kala tawaku
Juga tika sedih dan  tangisku
Penawar dikala gusarku

Ibu
Sehingga saat ini
Anakmu ini masih memerlukan dirimu
Membimbing dan menemaniku
Mengharungi liku-liku 
Sepanjang perjalanan menuju kebahagiaan 
dunia dan akhirat...

Ibu
Anakmu ini masih memerlukan kesetiaanmu
Mengajar erti kekuatan dan kesabaran
Iringkan anakmu dengan restu dan doa
Agar ketabahan ini setebal ketabahanmu...Ibu.

Ya Allah..
Kau sayangilah ibu dan ayahku
Maafkanlah dosa-dosa mereka
Tinggikanlah darjat mereka
Jangan halangi balasan pahala untuk mereka
Jangan datangkan fitnah sesudah kepergian mereka

Ya Allah..
Limpahkanlah mereka rezeki dengan rahmatMu 
Ya Allah yang  Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. Amin...



Bagi Ibu2 seluruh dunia eta ucapkan tahniah dan terima kasih yang tak terhingga kerana menyayangi anak-anakmu.... Selamat Hari Ibu..







Wednesday, August 10, 2011

BELAJARLAH UNTUK MENGHARGAI......

gambar dr mr google



Assalammualaikum...dan salam sejahtera sumer... mcmana dgn puasa hr nie? ok x? eta harap semuanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Ramadhan tahun nie eta n mr hubby nk guide our little boy yg berumur 4 tahun 7 bulan berpuasa. Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya kan. Dugaan tu memang ada, tp alhamdulillah kalau nk suruh die bangun bersahur tak jadi masalah sgt, tp part yang dah masuk tghri tu yang ada dugaan sikit. biasalah kan..budak-budak.kesian balik dr tadika, kehausan..tapi kita tak paksa, cuma buat perlahan-lahan la..biar die merasai nikmat berpuasa.

Dalam kehidupan setiap manusia malah kita sendiri pasti ada sesuatu atau seseorang yang kita sayang. betul tak? Tak kira la, yang kita sayang tu orang ke, benda ke, binatang peliharaan ke..kan.. Satu je eta nak nasihatkan.. Hargailah apa yang kita sayang...terutamanya orang yang kita sayang atau cintai.
Selalunya kita leka apabila orang yang kita sayang tu berada dekat di depan mata. Kalau depan mata, kita buat endah tak endah je orang yang kita sayang tu. Tp kita akan terasa kehilangannya apabila yang kita sayang tu berjauhan dr kita. so..hargailah mereka selagi masih berkesempatan...renung-renungkan...

Sunday, July 31, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN....







Alhamdulillah..... hari nie bermulanya bulan Ramadhan, bulan puasa bagi umat Islam... Bulan Ramadhan merupakan bulan yang banyak kelebihan dan nikmatnya.


                              

Sabda Rasulullah yang bermaksud :
" Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan". -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

Semoga Ramadahan tahun nie akan memberikan kita lebih keberkatan dan ketaqwaan. amin....

Thursday, July 7, 2011

IbLiS YaNg MenyeSatkaN MAnUSiA

Firman Allah S.W.T "Tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu".

4 cara Iblis menyesatkan manusia ialah :

Pertama : "Akan saya datangi mereka dari arah muka".  Sebagaimana yang ditafsirkan oleh 'Abbas ra : "Akan aku ragu-ragukan mereka tentang akhirat mereka". di mana Iblis akan membisikkan kepada manusia bahawa azab dan nikmat kubur itu tiada, padang masyar itu tiada, jambatan yang menghantar manusia ke syurga atau neraka (shirot) itu tiada, syurga dan neraka juga tiada dan hal-hal urusan akhirat yang lain itu tiada. Padahal Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W telah menjelaskan dan menggambarkan dengan sangat jelas tentang adanya urusan akhirat.

Kedua : "Dan dari belakang mereka". Yang mana Iblis akan menjadikan manusia leka dan berasa senang pada kehidupan dunia, seolah-olah dunia adalah tempat tinggal yang kekal untuk mereka tanpa memikirkan akhirat yang abadi. Seperti yang dijelaskan oleh Ibnu 'Abbas tentang penjelasan ayat tersebut : "Aku akan menjadikan mereka senang pada kehidupan dunia mereka".

Ketiga : " Dari kanan mereka". Ibnu 'Abbas ra menjelaskan : "Aku samarkan pada mereka tentang urusan agama mereka". yang mana Iblis akan menyamarkan manusia tentang hal dan urusan berkaitan dengan agama mereka sehingga terdapat sebilangan manusia yang terpesong dari pegangan agama yang sepatutnya iaitu Islam yang berdasarkan wahyu, sunnah dan Al-Quran kerana telah dibisikkan dan disamarkan oleh Iblis durjana.

Keempat : "Dan dari kiri mereka". Usaha Iblis yang keempat ini adalah menyenangkan manusia dengan perbuatan maksiat. Ibnu 'Abbas menafsirkan ayant mengatakan "Aku jadikan mereka senang dengan perbuatan-perbuatan kemaksiatan ".(Tafsir Ibnu Katsir).

Dengan ini bersama-samalah kita menerapkan keimanan dalam diri agar tidak tersesat oleh Iblis yang durjana. Na'udzu billah.... 



*untuk mengetahui lebih lanjut lawatlah sini.
*sumber juga dari forum nie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...