Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 21, 2012

KEISTIMEWAAN REJAB








 
1 Rejab jatuh pada 22 Mei pada tahun ini. Kita seringkali mendengar intisari hadis yang berbunyi " “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” dan ini disokong oleh ulama muktabar. Sesungguhnya Rejab memiliki keistimewaannya yang tersendiri.
Apakah kita sedar akan kehadiran Rejab? Ramai yang alpa malah langsung tidak mengingati kehadiran Rejab kerana terlampau sibuk. Tetapi tidak mengapa kerana masih belum terlambat untuk kita bersama-sama memperingati kehadiran Rejab yang istimewa ini. Rejab juga dikatakan istimewa kerana ia menandakan hampir tiba tetamu agung, Ramadan al-Mubarak yang dinanti-nantikan.

“Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadan”. (diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam al-Syua’aab, Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Sunniy).
 
   Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
 
Keistimewaan Rejab turut disebut di dalam al-Quran dengan menyenaraikannya sebagai salah satu daripada 4 bulan haram. Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. (at-Taubah: 36)
Para ulama berpendapat Rejab adalah antara bulan yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam ayat ini dan beberapa ayat lain. Sungguh jelas, Allah SWT sendiri di dalam al-Quran telah memuliakan bulan Rejab dengan mengisytiharkannya sebagai salah satu daripada bulan-bulan haram.
Mengikut pandangan para ulama, Allah SWT juga telah memuliakan bulan Rejab dengan berlakunya di antara peristiwa terpenting dalam sirah Nabi SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj di dalamnya.

Sebagai golongan hamba-Nya yang terpilih, keistimewaan bulan Rejab tidak terlepas daripada pandangan ulama dari dahulu sehingga sekarang. Mereka menunjukkan contoh serta menggalakkan kita mempertingkatkan amalan dengan bersangka baik dengan Allah SWT dan dengan keberkatan bulan ini ganjaran amalan dan rahmat Allah SWT akan berlipat ganda. (Imam Ibn Jarir al-Tobari ada meriwayatkan pandangan Ibn Abbas r.a mengenai hal ini dalam tafsirnya).
Dengan adanya panduan-panduan dari para ulama semoga kita mendapat lebih keberkatan dalam mempertingkatkan amalan kita sepanjang bulan Rejab yang mulia ini. Amin.....
Jika dikira hubungan Rejab, Syaaban dan Ramadan memang sesuailah kita lebih banyak berpuasa dan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir dan bersedekah sebagai membina momentum ke arah penghayatan Ramadan yang lebih cemerlang.

Tuesday, May 15, 2012

Al - Fatihah.....

Innalillahiwainnalillahirojiun..... 
Kita pasti akan kembali jua ke sisiNya...

Petang itu semasa Eta bertandang ke rumah kakak ipar, kami sekeluarga dikejutkan dengan panggilan yang diterima oleh kakak ipar mengatakan suaminya (biras kepada eta) telah dikejarkan ke Normah Specialist & Medical Centre akibat pengsan selepas bermain bola. Eta dan suami bergegas membawa kakak ipar ke tempat yang dimaklumkan.
Situasi amat sepi sepanjang perjalanan. Airmata menemani kakak ipar sepanjang berada dalam perjalanan dan Eta hanya mampu berdoa dalam hati semoga tidak berlaku sebarang kecederaan teruk dan semoga segalanya selamat....
Sesampai di Normah Medical Centre, ramai sahabat-sahabat beliau setia menunggu di lobi kecemasan. Eta dan kakak ipar terus melangkah menuju ke kaunter dan menguruskan apa yang patut sementara suami kakak ipar eta masih berada di dalam wad kecemasan tanpa kami ketahui apa keadaan sebenar beliau pada ketika itu. Mengikut berita yang disampaikan oleh sahabat-sahabat beliau, beliau tiba-tiba pengsan setelah beberapa minit keluar dari padang dan berehat.
Setelah setengah jam menunggu masih tiada sebarang berita dan kami masih lagi menunggu. Eta pandang sejenak wajah kakak ipar Eta dan berdoa semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku. Suasana semakin sunyi walaupun semakin ramai sahabat beliau yang datang.
Lebih kurang jam 720 petang, kami dipanggil msuk ke bilik doktor. Eta pimpin kakak ipar bersama-sama suami dan anak buah menuju ke bilik doktor mengharapkan berita yang bakal diterima adalah berita baik. Doktor telah mengesahkan beliau tidak dapat diselamatkan lagi walaupun telah sedaya upaya mencuba yang terbaik, malahan kami dimaklumkan mereka telah menambah tempoh masa unutk cubaan menyelamatkan sehingga 1 jam.. Namun Allah lebih sayangkan beliau...Innalillahiwainnalillahirojiun...
Tanggal 12 Mei 2012 bersamaan 20 Jamadilakhir perginya seorang insan yang sangat baik dan budiman. Hanya pelukan dan semangat yang mampu Eta berikan pada kakak ipar itu di saat itu. Alhamdulillah, kakak ipar Eta sesungguhnya seorang wanita yang kuat. Airmata terus laju mengalir tanpa henti dan di saat itu, tiada apa yang mampu kami lakukan selain dari meneruskan pengurusan jenazah. Sesungguhnya berat mata memandang namun berat lagi bahu yang memikul. Suami dan abang ipar Eta menguruskan apa-apa yang berkenaan sehingga jenazah dibawa  ke rumah untuk disemadikan.
Hanya dalam sekelip mata beliau telah meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Semoga roh beliau tenang di sana dan dicucuri oleh Allah s.w.t. Amin..... Al-fatihah....

Friday, May 11, 2012

PENAT PUN HILANG......


Assalammualaikum sumer....lama tak update eta punya citer kat sini kan.??? Habuk pun dah tebal.. Bersawang..hihihi..nk buat camana.. Malas melanda dan masa pun tak mengizinkan....
Pagi-pagi, on the way ke ofz hantar si hero pergi sekolah..sampai je ofz mcm biasa sblm buat kerja kena isi perut dulu...g breakfast ngn member then baru boleh buat kerja dengan senang hati...hihiihi..
Eta balik kerja hari nie dengan penat dan letih yang melampau...dalam kereta tersangantlah mengantuk, letih sangat2. Mungkin penat balik dari vacation belum hilang lagi kot.. Ha... Pasal citer vacation nanti eta buat entri lain plak ek coz skrg nie tengah malas nak meng'upload' gambar.
Sesampai je rumah, dekat pintu rumah si hero kecik eta dah sedia tunggu. Nampak je muka dia yang tersengih-sengih tolong bukakan pintu, penat pun dah  kurang. Macam biasa " hai mama." Danish siap peluk2, cium2 lagi. Baiknya anak mama nie... Penat dan letih eta hilang terus.
Masa eta tengah temankan dia lepak tengok tv, tiba-tiba dia tanya " mama ada singgah secret recepi belikan kek tak?" " Danish tak bagitau mama pun danish nak makan kek, mana ada mama pergi secret recepi". eta jawab dengan 'blur'. Danish dah masam muka...dia dah buat dah.... Eta pujuk pulak "nanti lain kali mama belikan". terus ok je...
Tiba-tiba dia bagi sumthing kat eta...nak tau apa Danish bagi....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
Taaadaaaa......


Bestnyerrrrr...

Eta dapat kad Hari Ibu dari Danish.... Terus cium2 Danish... Seronok sangat... Alhamdulillah..." Terima kasih sayang".
Patut la siap tanya belikan kek bagai... patutnya mama nie yang dapat kek, ni terbalik pulak, mama yang kene belikan kek untuk danish..hihihihi. Anak mama nie..... :)



 IBU
 
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku..Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak dari kecil lagi"


Ibu
Kau ratu di hatiku
Peneman setia di kala tawaku
Juga tika sedih dan  tangisku
Penawar dikala gusarku

Ibu
Sehingga saat ini
Anakmu ini masih memerlukan dirimu
Membimbing dan menemaniku
Mengharungi liku-liku 
Sepanjang perjalanan menuju kebahagiaan 
dunia dan akhirat...

Ibu
Anakmu ini masih memerlukan kesetiaanmu
Mengajar erti kekuatan dan kesabaran
Iringkan anakmu dengan restu dan doa
Agar ketabahan ini setebal ketabahanmu...Ibu.

Ya Allah..
Kau sayangilah ibu dan ayahku
Maafkanlah dosa-dosa mereka
Tinggikanlah darjat mereka
Jangan halangi balasan pahala untuk mereka
Jangan datangkan fitnah sesudah kepergian mereka

Ya Allah..
Limpahkanlah mereka rezeki dengan rahmatMu 
Ya Allah yang  Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. Amin...



Bagi Ibu2 seluruh dunia eta ucapkan tahniah dan terima kasih yang tak terhingga kerana menyayangi anak-anakmu.... Selamat Hari Ibu..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...