Innalillahiwainnalillahirojiun.....
Kita pasti akan kembali jua ke sisiNya...
Petang itu semasa Eta bertandang ke rumah kakak ipar, kami sekeluarga dikejutkan dengan panggilan yang diterima oleh kakak ipar mengatakan suaminya (biras kepada eta) telah dikejarkan ke Normah Specialist & Medical Centre akibat pengsan selepas bermain bola. Eta dan suami bergegas membawa kakak ipar ke tempat yang dimaklumkan.
Situasi amat sepi sepanjang perjalanan. Airmata menemani kakak ipar sepanjang berada dalam perjalanan dan Eta hanya mampu berdoa dalam hati semoga tidak berlaku sebarang kecederaan teruk dan semoga segalanya selamat....
Sesampai di Normah Medical Centre, ramai sahabat-sahabat beliau setia menunggu di lobi kecemasan. Eta dan kakak ipar terus melangkah menuju ke kaunter dan menguruskan apa yang patut sementara suami kakak ipar eta masih berada di dalam wad kecemasan tanpa kami ketahui apa keadaan sebenar beliau pada ketika itu. Mengikut berita yang disampaikan oleh sahabat-sahabat beliau, beliau tiba-tiba pengsan setelah beberapa minit keluar dari padang dan berehat.
Setelah setengah jam menunggu masih tiada sebarang berita dan kami masih lagi menunggu. Eta pandang sejenak wajah kakak ipar Eta dan berdoa semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku. Suasana semakin sunyi walaupun semakin ramai sahabat beliau yang datang.
Lebih kurang jam 720 petang, kami dipanggil msuk ke bilik doktor. Eta pimpin kakak ipar bersama-sama suami dan anak buah menuju ke bilik doktor mengharapkan berita yang bakal diterima adalah berita baik. Doktor telah mengesahkan beliau tidak dapat diselamatkan lagi walaupun telah sedaya upaya mencuba yang terbaik, malahan kami dimaklumkan mereka telah menambah tempoh masa unutk cubaan menyelamatkan sehingga 1 jam.. Namun Allah lebih sayangkan beliau...Innalillahiwainnalillahirojiun...
Tanggal 12 Mei 2012 bersamaan 20 Jamadilakhir perginya seorang insan yang sangat baik dan budiman. Hanya pelukan dan semangat yang mampu Eta berikan pada kakak ipar itu di saat itu. Alhamdulillah, kakak ipar Eta sesungguhnya seorang wanita yang kuat. Airmata terus laju mengalir tanpa henti dan di saat itu, tiada apa yang mampu kami lakukan selain dari meneruskan pengurusan jenazah. Sesungguhnya berat mata memandang namun berat lagi bahu yang memikul. Suami dan abang ipar Eta menguruskan apa-apa yang berkenaan sehingga jenazah dibawa ke rumah untuk disemadikan.
Hanya dalam sekelip mata beliau telah meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Semoga roh beliau tenang di sana dan dicucuri oleh Allah s.w.t. Amin..... Al-fatihah....
takziah..semoga arwah tenang di sana..
ReplyDeleteamin....tq anitadiana
DeleteInnalillahiwainnalillahirojiun....
ReplyDeleteInnalillahiwainnalillahirojiun....
Innalillahiwainnalillahirojiun....
kami sekeluarga turut berduka cita..
Semoga amal ibadah beliau diterima Allah Yang Maha Kuasa dan yang ditinggalkan mendapat kesabaran...
amin.... tq Arif n family
Deletealfatihah.. smoga roh ditempatkan bersama2 org beriman..
ReplyDeleteamin....
Deleteal-fatihah buat arwah..
ReplyDeleteal fatihah.. moga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman..
ReplyDelete