Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 21, 2012

KEISTIMEWAAN REJAB








 
1 Rejab jatuh pada 22 Mei pada tahun ini. Kita seringkali mendengar intisari hadis yang berbunyi " “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” dan ini disokong oleh ulama muktabar. Sesungguhnya Rejab memiliki keistimewaannya yang tersendiri.
Apakah kita sedar akan kehadiran Rejab? Ramai yang alpa malah langsung tidak mengingati kehadiran Rejab kerana terlampau sibuk. Tetapi tidak mengapa kerana masih belum terlambat untuk kita bersama-sama memperingati kehadiran Rejab yang istimewa ini. Rejab juga dikatakan istimewa kerana ia menandakan hampir tiba tetamu agung, Ramadan al-Mubarak yang dinanti-nantikan.

“Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadan”. (diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam al-Syua’aab, Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Sunniy).
 
   Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
 
Keistimewaan Rejab turut disebut di dalam al-Quran dengan menyenaraikannya sebagai salah satu daripada 4 bulan haram. Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. (at-Taubah: 36)
Para ulama berpendapat Rejab adalah antara bulan yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam ayat ini dan beberapa ayat lain. Sungguh jelas, Allah SWT sendiri di dalam al-Quran telah memuliakan bulan Rejab dengan mengisytiharkannya sebagai salah satu daripada bulan-bulan haram.
Mengikut pandangan para ulama, Allah SWT juga telah memuliakan bulan Rejab dengan berlakunya di antara peristiwa terpenting dalam sirah Nabi SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj di dalamnya.

Sebagai golongan hamba-Nya yang terpilih, keistimewaan bulan Rejab tidak terlepas daripada pandangan ulama dari dahulu sehingga sekarang. Mereka menunjukkan contoh serta menggalakkan kita mempertingkatkan amalan dengan bersangka baik dengan Allah SWT dan dengan keberkatan bulan ini ganjaran amalan dan rahmat Allah SWT akan berlipat ganda. (Imam Ibn Jarir al-Tobari ada meriwayatkan pandangan Ibn Abbas r.a mengenai hal ini dalam tafsirnya).
Dengan adanya panduan-panduan dari para ulama semoga kita mendapat lebih keberkatan dalam mempertingkatkan amalan kita sepanjang bulan Rejab yang mulia ini. Amin.....
Jika dikira hubungan Rejab, Syaaban dan Ramadan memang sesuailah kita lebih banyak berpuasa dan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir dan bersedekah sebagai membina momentum ke arah penghayatan Ramadan yang lebih cemerlang.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...