Firman Allah S.W.T "Tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu".
4 cara Iblis menyesatkan manusia ialah :
Pertama : "Akan saya datangi mereka dari arah muka". Sebagaimana yang ditafsirkan oleh 'Abbas ra : "Akan aku ragu-ragukan mereka tentang akhirat mereka". di mana Iblis akan membisikkan kepada manusia bahawa azab dan nikmat kubur itu tiada, padang masyar itu tiada, jambatan yang menghantar manusia ke syurga atau neraka (shirot) itu tiada, syurga dan neraka juga tiada dan hal-hal urusan akhirat yang lain itu tiada. Padahal Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W telah menjelaskan dan menggambarkan dengan sangat jelas tentang adanya urusan akhirat.
Kedua : "Dan dari belakang mereka". Yang mana Iblis akan menjadikan manusia leka dan berasa senang pada kehidupan dunia, seolah-olah dunia adalah tempat tinggal yang kekal untuk mereka tanpa memikirkan akhirat yang abadi. Seperti yang dijelaskan oleh Ibnu 'Abbas tentang penjelasan ayat tersebut : "Aku akan menjadikan mereka senang pada kehidupan dunia mereka".
Ketiga : " Dari kanan mereka". Ibnu 'Abbas ra menjelaskan : "Aku samarkan pada mereka tentang urusan agama mereka". yang mana Iblis akan menyamarkan manusia tentang hal dan urusan berkaitan dengan agama mereka sehingga terdapat sebilangan manusia yang terpesong dari pegangan agama yang sepatutnya iaitu Islam yang berdasarkan wahyu, sunnah dan Al-Quran kerana telah dibisikkan dan disamarkan oleh Iblis durjana.
Keempat : "Dan dari kiri mereka". Usaha Iblis yang keempat ini adalah menyenangkan manusia dengan perbuatan maksiat. Ibnu 'Abbas menafsirkan ayant mengatakan "Aku jadikan mereka senang dengan perbuatan-perbuatan kemaksiatan ".(Tafsir Ibnu Katsir).
Dengan ini bersama-samalah kita menerapkan keimanan dalam diri agar tidak tersesat oleh Iblis yang durjana. Na'udzu billah....
*untuk mengetahui lebih lanjut lawatlah sini.
*sumber juga dari forum nie
No comments:
Post a Comment