Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 18, 2012

WAJAH SERIBU MAKNA




Gembira, sedih, gusar, takut, bingung, gentar, kecewa, marah, dan banyak lagi rasa yang kita sering rasakan. Semua orang pasti merasa perasaan begini. Cuma ada ketikanya perasaan itu datang silih berganti. Kita tidak akan sentiasa menangis kerana kecewa dan sedih, malah dalam pada waktu yang sama kita pasti bisa ketawa kerana kegembiraan dan kebahagiaan.

https://encrypted-tbn1.google.com/images?q=tbn:ANd9GcTtS9n_7Sy93HPIXk013FkLsHqXhaxjKuJbvjOtW1V-6iVP3TrE5rftKM4 Namun dapatkah kita melihat perasaan orang lain dari mata kasar kita..?? Dari pandangan mata kita tanpa menyelaminya?? Ada ketikanya wajah seseorang itu bisa menggambarkan apa yang tersirat di dalam hatinya...dan tidak mustahil juga apa yang terpendam di dalam hati seseorang itu kita langsung tidak dapat menilainya. Perasaan yang tersirat kadang-kadang tidak dapat dizahirkan samada dari gambaran wajah malah dengan kata-kata sekalipun... Jadi janganlah menilai perasaan orang lain dari wajahnya kerana ia belum pasti kebenarannya.

Yang pastinya kita sebagai makhluk yang istimewa pasti akan merasa setiap perasaan itu. Betapa bertuahnya kita dapat menikmati perasaan yang itu. Setiap apa yang kita rasa sudah tentu memberikan dan membawa makna tersendiri. Namun sebagai makhluk yang dianugerahkan akal dan fikiran kita berhak untuk melaluinya sebagaimana yang kita mahukan dan terpulang kepada kita untuk menilainya. 

Dan ingatlah setiap apa yang berlaku membawa kecenderungan untuk kita berperasaan apa pun, pastinya datang silih berganti.... Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada alasannya dan pasti ada hikmah yang di sebaliknya.

 

2 comments:

  1. perasaan tu semuanya secara tak langsung ia mampu mengajar kita berpikir n bertindak dgn lebh matang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..perasaan membawa seribu erti buat kita.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...