Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 5, 2012

CUTI


Rasa berat untuk memandu ke pejabat di pagi hari setelah bercuti. U all nak tau, kat Sarawak cuti umum sampai 4 Jun )Isnin). Mesti ada yang jeles nie..hihihi... Ini disebabkan kat Sarawak ada cuti umum untuk meraikan Pesta Gawai Dayak di mana ianya disambut oleh kaum Dayak di Sarawak. Gawai Dayak disambut meriah jugak la oleh kaum Dayak. Sama juga dengan Pesta Keamatan yang disambut di Sabah.


sumber dr mr. google


Perayaan Hari Gawai disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun. Perayaan akan bermula dengan tuai rumah membahagi-bahagikan tugas kepada penghuni rumah panjang. Kaum wanita pula akan menyediakan kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan. Minuman tuak merupakan sajian utama perayaan Hari Gawai.

Pada petang menjelang Hari Gawai bermula, upacara membuang sial dilakukan oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau mewakili penghuni rumah panjang berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam, upacara minum ‘air pengayu’ dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke ‘tiang pengingat’ iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.


5 comments:

  1. ooo sebelum ni sy hanya tau ada hari gawai tu tp xtau pun apa dorg buat ms perayaan tu.. hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kalau kt swk ada cuti tambahan tau utk gawai..

      Delete
  2. oohhh gawai

    penah dgr je sblom ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...