Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 8, 2011

...:: ALHAMDULILLAH::...


 
Kerajaan telah mengumumkan Bonus Hari Raya setengah bulan gaji atau minima RM 500 kepada semua kakitangan awam yang akan dibayar pada pertengahan bulan Ogos ini. Alhamdulillah....

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,bonus yang diberikan itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan.
Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.
Insyaallah, para penjawat awam akan lebih menghargai dan berusaha dengan lebih keras lagi utk pembangunan negara. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Perdana Menteri dan kerajaan kerana telah memberikan bonus ini. Dapatlah ia sedikit sebanyak mengurangkan beban masyarakat untuk menyambut perayaan terutama Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi.
Tapi besar harapan kita semua agar pihak-pihak tertentu tidaklah mengambil kesempatan menaikkan harga barang-barang sempena perayaan nanti.......

2 comments:

  1. nk mintak duit raye boleh..hehe

    ReplyDelete
  2. @myhatiku kene posa penuh dulu yerrr...heheheh....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...