Kehidupan ini satu titian yang panjang. Liku-liku yang kita hadapi mengajar kita erti ketabahan untuk menghadapi segala kemungkinan. Teruskanlah melangkah....
Monday, June 18, 2012
Sunday, June 10, 2012
WHAT MAKES YOU BEAUTIFUL
Siapakah yang tergolong dalam kategori cantik, angkat tangan sekarang. hihihi. Kalau ditanya semua nak cantik kan? Tapi apakah maksud cantik di mata kamu semua...?? Setiap orang memiliki kecantikan masing-masing dan itu sudah pasti. Namun kecantikan adalah relatif.
'Inner beauty'....eta rasa kecantikan inilah yang sebenar-benarnya cantik. Kecantikan yang lahir dari dalam hati seseorang membuatkan seseorang itu istimewa. Kekuatan dan ketabahan hati di saat melalui masalah di mana pada waktu yang sama dia lemah tetapi semakin tabah dan kuat menghadapi ujian dan dugaan dari Allah s.w.t bagi mengharungi masa hadapan.
Persona yang lahir dari hati yang ikhlas akan terpancar keserian di wajah membuatkan kecantikan itu begitu berharga. Rasa kasih-mengasihi yang wujud dalam hati melahirkan kebaikan dan keprihatinan tehadap sesama insan dan makhluk di dunia ini sekaligus akan mendapat rahmat dan penghargaan yang tiada tandinganya.
Semoga kita adalah golongan yang cantik dari uar dan dalam kerana kecantikan inilah yang sebenar-benarnya cantik dan tidak ternilai harganya. Dan semoga kita adlaah golongan yang cantik di mata sesiapa sahaja terutama sekali Allah s.w.t. Amin... Keep smile....
“Outer beauty attracts, but inner beauty captivates.”
- Kate Angell,
Squeeze Play -
Tuesday, June 5, 2012
CUTI
Rasa berat untuk memandu ke pejabat di pagi hari setelah bercuti. U all nak tau, kat Sarawak cuti umum sampai 4 Jun )Isnin). Mesti ada yang jeles nie..hihihi... Ini disebabkan kat Sarawak ada cuti umum untuk meraikan Pesta Gawai Dayak di mana ianya disambut oleh kaum Dayak di Sarawak. Gawai Dayak disambut meriah jugak la oleh kaum Dayak. Sama juga dengan Pesta Keamatan yang disambut di Sabah.
| sumber dr mr. google |
Perayaan Hari Gawai disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1
hb Jun setiap tahun. Perayaan akan bermula dengan tuai rumah
membahagi-bahagikan tugas kepada penghuni rumah panjang. Kaum wanita
pula akan menyediakan kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada
tepung beras, gula dan santan. Minuman tuak merupakan sajian utama
perayaan Hari Gawai.
Pada petang menjelang Hari Gawai bermula, upacara membuang sial
dilakukan oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini
diruai (beranda) rumah panjang. Beliau mewakili penghuni rumah panjang
berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00
malam, upacara minum ‘air pengayu’ dilakukan dengan harapan supaya
panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1hb Jun, tepat jam 7.00 pagi,
tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang
menghantar piring persembahan ke ‘tiang pengingat’ iaitu sejenis kayu
yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.
Subscribe to:
Posts (Atom)