Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 11, 2011

...BOS...BUKAN BIG BOS....






Assalammualaikum...salam sejahtera sumerr... macamana posa hr nie? ok x? Pejam celik pejam celik, dah nk masuk pertengahan Ramadhan... Alhamdulillah kita masih boleh bernafas di dunia yang indah ini. Walaupun berpuasa tapi rutin harian tetap berjalan seperti biasa. Bagi yang masih study, study smart tau..
 Bagi yang bekerja pulak, jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin..
Bercakap mengenai pekerjaan nie, eta nk cite sikit....Sejak dua menjak nie, memang bz sgt la. Dah la terima fail dgn data yang asyik bermasalah je. Memang agak memakan masa la nk siapkan satu2 fail tu.  So, our big bos dah setuju nk suh buat overtime...ok la jugak kan.  tak la kitaorang nie terbeban sgt dengan kerja2 tu. tp ada pulak kerenah birokrasinyer... Ada pulak yang tak nak teruskan overtime tu. Padahal kitaorang dah nak berpinar-pinar mata nie asyik tengok data2 nie. Yang sakit kepala, sakit mata nk selesaikan masalah tu bukannya diaorang...kiteeee jugak. cubela faham sikit. masa yang ada pun memang tak sempat nak siapkan benda alah tu.... so apa la salahnya nk buat overtime kan....tak fahamla....Nanti kitaorang nie jugak yang nak kene rush nak capai matlamat atau sasaran ofis....Sabar je la..

Wednesday, August 10, 2011

BELAJARLAH UNTUK MENGHARGAI......

gambar dr mr google



Assalammualaikum...dan salam sejahtera sumer... mcmana dgn puasa hr nie? ok x? eta harap semuanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Ramadhan tahun nie eta n mr hubby nk guide our little boy yg berumur 4 tahun 7 bulan berpuasa. Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya kan. Dugaan tu memang ada, tp alhamdulillah kalau nk suruh die bangun bersahur tak jadi masalah sgt, tp part yang dah masuk tghri tu yang ada dugaan sikit. biasalah kan..budak-budak.kesian balik dr tadika, kehausan..tapi kita tak paksa, cuma buat perlahan-lahan la..biar die merasai nikmat berpuasa.

Dalam kehidupan setiap manusia malah kita sendiri pasti ada sesuatu atau seseorang yang kita sayang. betul tak? Tak kira la, yang kita sayang tu orang ke, benda ke, binatang peliharaan ke..kan.. Satu je eta nak nasihatkan.. Hargailah apa yang kita sayang...terutamanya orang yang kita sayang atau cintai.
Selalunya kita leka apabila orang yang kita sayang tu berada dekat di depan mata. Kalau depan mata, kita buat endah tak endah je orang yang kita sayang tu. Tp kita akan terasa kehilangannya apabila yang kita sayang tu berjauhan dr kita. so..hargailah mereka selagi masih berkesempatan...renung-renungkan...

Monday, August 8, 2011

...:: ALHAMDULILLAH::...


 
Kerajaan telah mengumumkan Bonus Hari Raya setengah bulan gaji atau minima RM 500 kepada semua kakitangan awam yang akan dibayar pada pertengahan bulan Ogos ini. Alhamdulillah....

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,bonus yang diberikan itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan.
Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.
Insyaallah, para penjawat awam akan lebih menghargai dan berusaha dengan lebih keras lagi utk pembangunan negara. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Perdana Menteri dan kerajaan kerana telah memberikan bonus ini. Dapatlah ia sedikit sebanyak mengurangkan beban masyarakat untuk menyambut perayaan terutama Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi.
Tapi besar harapan kita semua agar pihak-pihak tertentu tidaklah mengambil kesempatan menaikkan harga barang-barang sempena perayaan nanti.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...